Soal & Jawab

Jenis-Jenis perceraian
SOALAN : Apakah cara-cara pembubaran/perceraian perkahwinan yang ada mengikut undang-undang Syariah di Malaysia?
JAWAPAN : Terdapat 5 jenis atau cara perceraian perkahwinan yang mengikut Hukum Syarak dan Undang-Undang.
  1. Perceraian Talak
  2. Perceraian secara talak ini berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talak.

  3. Perceraian Taklik (Perjanjian)
  4. Taklik didefinasikan mengikut undang-undang keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah. Perceraian secara taklik berlaku apabila suami melanggar taklik yang dibuat olehnya semasa upacara akad nikah.

  5. Perceraian Khulu’ (Tebus Talak)
  6. Perceraian secara Khulu’ merupakan salah satu alternatif perceraian yang boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan.

  7. Perceraian Fasakh
  8. Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim.
    Hakim boleh memutuskan untuk memfasakhkan/membubarkan perkahwinan dengan alasan yang termaktub dalam Akta/Enakmen bersandarkan kepada pembuktian yang dikemukakan semasa perbicaraan.

  9. Perceraian Li’an
  10. Perceraian secara li’an berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya ATAU anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, ATAU menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.

Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah tengahari tadi dapat menyelesaikan satu kes pengesahan lafaz cerai. Kes ini agak unik dan lain dari kes pengesahan lafaz cerai yang biasa.
Ianya bermula apabila pihak2 mendakwa suami telah melafazkan cerai secara lisan kepada isterinya pada 20/5/2020 dan mahkamah pada ketika itu telah mengesahkan bawa sabit penceraian tersebut dengan talak 1.
Namun, selepas dua hari pihak-pihak teringat bahawa sebelum ini telah berlaku dua lafaz cerai iaitu pada 24/12/214 dan Jun 2017. Dan pihak-pihak telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai sekali lagi.
Apabila sebutan pertama, hakim bicara telah berpendapat bahawa perlu satu semakan kes dibuat utk dibicarakan semula dengan lebih teratur disebab hakim bicara telah mengesahkan cerai pada 20/5/2020, sedangkan didakwa berlaku perceraian sebelum dari tarikh itu.
Jadi apakah yang berlaku dengan status cerai 20/5/2020? Adakah sabit cerai 2014 dan 2017 tersebut? Bagaimana pula kehidupan pihak-pihak sebelum 20/5/2020 tersebut? Adakah pihak-pihak bermuasyarah sehingga menyebabkan isteri perlu melalui iddah yang panjang?
Namun Alhamdulillah setelah disiasat dan dibicarakan serta diberi hujah. Hakim memutuskan lafaz cerai pada 24/12/2014 adalah lafaz cerai taklik yang sah namun tidak ada pelanggaran dibuat oleh isteri. Manakalah lafaz cerai pada jun 2017 adalah tidak sah dan tidak sabit.
Maka, hakim bicara mengekalkan keputusannya yang terdahulu.
Tuan-tuan, isu cerai bukan isu remeh kerana ia melibatkan nasab! Jadi ayuh celik undang-undang.
Ketahuilah hak anda!
SOALAN : Assalamualaikum. Saya baru sahaja bercerai pada bulan November 2019 tahun lalu setelah hampir 10 tahun berkahwin. Adakah saya layak untuk mendapat Mutaah?
JAWAPAN : Waalaikumusalam. Terlebih dahulu haruslah kita faham apakah maksud Mutaah? Mutaah adalah bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang patut. Kewajipan untuk membayar mutaah kepada bekas isteri telah disyariatkan melalui Firman Allah di Surah Al-Baqarah ayat 241 :
“Dan isteri-isteri yang telah diceraikan, berhak mendapat mutaah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang yang bertaqwa”.
Jadi, isteri yang telah diceraikan berhak mendapat mutaah sepertimana yang telah disyariatkan. Cuma persoalan yang timbul adalah berapakah Jumlah yang patut diterima? menurut undang-undang tidak ada satu jumlah khusus yang ditetapkan bagi pemberian mutaah ini. Walau bagaimanapun, mahkamah akan membuat pertimbangan mengenai kadar mutaah melihat kepada beberapa faktor, antaranya adalah :-
  1. kemampuan suami
  2. tempoh perkahwinan
  3. taraf hidup pasangan semasa perkahwinan
  4. status pendidikan dan pekerjaan isteri
  5. isteri tidak pernah diisytiharkan nusyuz
  6. menjaga kebajikan rumahtangga dengan baik
  7. usia pihak-pihak
  8. lain-lain bentuk pengorbanan
Maka, bekas isteri hendaklah meyakinkan mahkamah mengapa isteri tersebut layak menerima sejumlah kadar yang diminta dan yang dirasakan patut dan munasabah berdasarkan faktor-faktor yang disebut diatas. Ketahuilah Hak Anda!
SOALAN : Assalamualaikum. Saya dan suami bernikah pada julai 2018 dan telah bercerai pada september 2020 yang lalu. Kami ada membeli sebuah rumah awal tahun ini, dan saya telah mengeluarkan sejumlah wang di dalam simpanan saya sebagai deposit pembelian rumah. Adakah saya boleh menuntut semula wang deposit tersebut? Dan apakah yang akan berlaku dengan rumah tersebut?
JAWAPAN : Waalaikumusalam. Jika rumah tersebut dibeli semasa dalam tempoh perkahwinan, puan boleh menuntut rumah tersebut sebagai Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah. Berkenaan soalan puan samada boleh menuntut wang deposit kembali atau tidak, jika puan menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian. Maka wang deposit tersebut puan boleh menjadikanya sebagai bukti di Mahkamah sebagai sumbangan puan bagi pemilikan rumah tersebur.
Ini kerana, Mahkamah akan menilai bahagian yang akan diperolehi untuk tuntutan harta sepencarian berdasarkan takat sumbangan pihak2 samada secara langsung mahupun tidak langsung.
NOTA : Tuntutan Harta Sepencarian boleh dituntut terhadap mana-mana harta samada harta alih atau tidak alih selagi mana harta tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan dan/atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan pihak2.
SOALAN : Assalamualaikum. Suami saya pernah cakap “kau dan aku sudah putus” pada bulan Ogos 2020 yang lepas. Namun sehingga kini kami masih lagi duduk serumah dan menjalani kehidupan suami isteri seperti biasa. Saya meragui perkahwinan saya ini, adakah saya telah diceraikan? adakah hubungan perkahwinan ini masih sah? berdosakah kami masih duduk serumah? apakah jalan penyelesaiannya?
JAWAPAN : Waalaikumusalam. Tuan2 dan Puan2, isu lafaz cerai ini adalah satu isu yang sangat serius dan tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana ia melibatkan agama, maruah dan keturunan. Jika tuan2 dan puan2 pernah mengalami situasi di atas, segeralah ke Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mengesahkan lafaz yang telah dibuat. HANYA MAHKAMAH SYARIAH sahaja yang berbidangkuasa untuk memberikan pengesahan samada SAH atau TIDAK lafaz tersebut. Secara tidak langsung akan menjawab segala persoalan berkenaan status perkahwinan tersebut.
Assalamualaikum,selamat tengahari.
Alhamdulillah hari ini selesai bagi perbicaraan dua kes melibatkan Tuntutan Hadhanah di Mahkamah Tinggi dan Tuntutan Nafkah Anak di Mahkamah Rendah
Bagi kedua-dua kes ini,pihak kami mewakili Defendan.
Sebagai Peguam Syarie, kami berpendapat adalah menjadi tanggungjawab Peguam Syarie menasihati klien berkenaan dengan hak klien tanpa menafikan hak pihak lawan. Justeru itu, kami yakin dan percaya jika anakguam diberikan nasihat yang betul, kes tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik iaitu persetujuan bersama.
Alhamdulillah bagi kedua-dua kes ini pihak kami telah mengusulkan satu cadangan persetujuan kepada peguam-peguam syarie pihak lawan bagi mendapatkan satu persetujuan bersama. InsyaAllah tarikh yang akan datang pihak-pihak akan menyelesaikan kes tanpa perbicaraan yang panjang.
Ketahuilah hak anda!
Alhamdulillah. Sebentar tadi baru sahaja selesai bagi kes Hak Penjagaan Anak dgn perjanjian persetujuan dimana Hak Jagaan diberikan kepada ibu, manakala Hak Melawat TANPA bermalam diberikan kepada bapa.
Yang Arif Hakim menyatakan pendapatnya bahawa bg anak yang masih kecil,berilah jagaan kpd ibu (selagi tiada isu kebajikan ank terabai) dan bapa dibenarkan utk melawat shj tanpa bermalam. YA Hakim juga menyuruh pihak2 berbincang berkenaan hak lawatan shj tanpa melibatkan isu jagaan dan bermalam.
Jadi,inilah yg dikatakan penyelesaian bersama dgn mengambil kira dari segi kebajikan dan kemaslahatan anak2. Soal siapa yang berhak biarlah mahkamah yang tentukan melalui perbicaraan. AKAN TETAPI,jika terdapat satu penyelesaian secara perbincangan. Maka eloklah ia diutamakan dan akn mengikat Mahkamah. Jawapan kepada persoalan diatas adalah, Hadhanah akan diberikan kepada sesiapa shj dgn mengambil kira kebajikan & kemaslahatan anak tersebut tak kira ibu atau bapa.
Tuan2 dan Puan2, pernikahan yg dilakukan tanpa kebenaran atau pernikahan yg berlangsung di negara jiran boleh diiktiraf dibawah undang2 di malaysia.
Ini bermaksud,perkahwinan tersebut masih boleh didaftarkan seperti perkawhinan biasa tetapi dengan syarat,pihak2 perlu mendapatkan pengesahan serta perintah drpd Mahkamah untuk mendaftarkannya di pejabat agama islam daerah.
Ada ataupun tidak perintah sementara yang boleh dikeluarkan oleh Mahkamah,sementara menunggu kes induk selesai?jawapannya ADA!
Pihak2 boleh memfailkan satu permohonan Interim (sementara) terhadap mana2 kes induk yang sedang berjalan (bergantung pd kes induk)bagi mendapatkan satu perintah sementara yang sifatnya hanya berkuatkuasa sehingga kes induk selesai.
Umumnya,perintah sementara ini dibuat bg kes-kes yang melibatkan perkara2 yang perlu mendapat perintah yang cepat,seperti hak penjagaan anak atau nafkah dan lain2. Ini kerana, secara prosedurnya sesuatu kes itu akn mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.
Oleh sebab itu,undang2 memperuntukan satu seksyen khas bagi mana2 pihak yang ingin mendapatkan perintah yang segera melalui satu permohonan interim tertakluk pada prosedur yang ditetapkan.
Bolehkah pihak2 yang terlibat di dalam sesuatu kes,mengubah apa jua terma2 didalam perintah Mahkamah yang telah dimeterai?
Jawapan bagi persoalan diatas adalah,YA BOLEH! Pihak2 mempunyai hak dari segi undang2 untuk memfailkan satu permohonan ubah perintah terhadap sebahagian ataupun keseluruhan perintah yang sedia ada.
Akan tetapi pihak2 yang berhajat untuk memfailkan ubah perintah tersebut perlu mempunyai alasan2 yang kukuh dan munasabah.
Jawapan kepada persoalan diatas adalah,ya! Kes tuan2 puan2 boleh diteruskan jika salah satu pihak tidak hadir ke mahkamah. (Bergantung kpd kes)
Tapi dengan syarat telah memenuhi kehendak , Seksyen 121 Akta Tatacara Mal Wilayah Persekutuan iaitu Mahkamah berpuashati jika dokumen seperti saman & penyata tuntutan telah sempurna diserahkan kepada Defendan. Samada melalui serahan kediri mahupum serahan secara ganti.